Friday, November 18, 2011

Apakah sebab manusia berubah?

Kenapa manusia yang kite kenal, cepat jer berubah?

Alasan apakah mereka berubah?


1) Dendam

2) Iri hati

3) Materialistik

4) Merasakan seseorang itu tidak cukup baik baginya?


................................................


Jawapan terletak di hati masing-masing...

Yang pasti, janganlah berubah ke arah kejahatan, berubahlah ke arah kebaikan

What you give, you get back..

Don't always think what people give to you but think how much you give to others.

Jangan menyalahgunakan kelebihan yang ada untuk kepentingan diri sendiri, sebaliknya gunalah untuk membantu orang lain..

Ingatlah, semua kesenangan yang kita ada adalah pinjaman dari Allah semata-mata.

Terima kasih. Kalau readers ada pandangan lain, boleh share kat sini. :)


Saturday, October 22, 2011

Sesi sapu debu 13 inci

Hello dan assalamualaikum semua. Dah lame sangat tak update blog. Bukan ape, sejak masuk final year, gua tersangat busy. Sibuk dengan research, cbl, n kerja yg bertimbun. Hari ni i nak relax after habis 2 test mggu ni. Test yang menyakitkan hati utk i yg otak yang tak seberapa genius macam orang lain. Adakah gua tak study or tak cukup study? Dah prepare sebaik mugkin tapi still tak boleh jawab soalan. Damn! Mungkin dah tak ade rezeki untuk i. Muktamad..

Research gua berjalan lancar.. Alhamdulillah. Kami buat research sesuka hati kami, langsung tak discuss dengan supervisor. Sebab ambil mase seminggu nak jumpa sv kami. Itupun belum tentu dapat jumpa. Dibuatnye cancel last minute, naye gua. Jadi, untuk menjimatkan masa, better tak payah jumpa. Syukur jugak ler, dapat co-sv and akak post grad yang baik hati tolong percepatkan research kami. Lepas habis research ni kami nak belanja dorang makan. Taknak belanja sv kami makan...


Pasal kehidupan seharian, hidupku sekarang ni tak menentu. Cepat give up, selalu ber emosi n cepat stress. Aku hanya memikirkan untuk nak habis study sahaja. Skor tinggi ke tak, belakang kira. Dulu mase sem 1 or sem 2, teringin gak ler nak skor tinggi2 ni. Sekarang tak lagi.. Aku tahu di mana tahap kemampuan aku yang sebenar.. Bagi otak sederhana macam aku, cukuplah lulus paper sahaja. Kita sudah berusaha yang terbaik, tapi mungkin itu sahaja kemampuan diri kita yang seadanya.

Kepada keluarga, terutama mak yang tak putus2 berdoa ketenangan hati anaknya, saya ucap terima kasih yang tak terhingga utk mak a.k.a ummi yang tersayang. Jasamu tak dapat dibalas alaupun dengan wang ringgit yang melimpah ruah. terima kasih jugak buat abah yang support saya tatkala sy kesempitan wang, coz duit scholar JPA lambat masuk. Saya janji, lepas grad nanti, saya bagi skrol ijazah tu untuk korang. Pengorbanan kamu semua, saya takkan lupa sampai akhir hayat. Kepada ummi, terima kasih sebab beri kekuatan di saat saya lemah semangat, give up dan sebagainya..

Gua seronok pulak tengok senior convo hari ni. Bile ntah turn gua pulak yag convo. Penat dah menuntut ilmu sebenarnya. Tapi takpe, tinggal setahun je lagi. Pejam celik je. Tak lama dah tu..

Saje je entry gua ni sangat terpesong dari apa yang gua tulis. Entry ni sebenarnya just luahan hati gua yang lame gua pendam. Sudah 3 bulan lebih memendam perasaan. Setakat ini sahaja sesi sapu debu kali ini. Kerja sedang menunggu. Chow~

p/s: Mungkin bosan bace entry gua macam karangan budak darjah 3. Kalo bosan, boleh blah. Hehe. Gambar takde sebab takde kamera. Sekian..

Thursday, August 11, 2011

Mengumpul Aset

Salam. Di manakah saya boleh dapatkan kembali aset saya yang telah dicuri orang 3 bulan lalu? Sekarang saya berasa papa kedana sebab aset tersebut belum lagi dibeli menggantikan aset yang hilang.. Rindu sangat dengan aset2 nih.. Duit oh duit di mana ko duit...








Aset mane patut aku beli dulu?
1) Laptop (sudah dibeli)
2) kamera digital
3) external HD
4) sony experia

p/s : asal aku highlightkan no 4 tu ye? haha

Friday, May 20, 2011

Praktikal Industry


Assalamualaikum... Kali ni saya ada mood pulak nak update blog... Bukan taknak update, tapi tak berape best nk update guna notebook, sebab kecil sangat. Saya selesa kalau guna laptop saya sendiri.. Nak buat macam mana, memang takde rezeki. Tengah berkabung lagi sebab laptop saya dicuri minggu lepas..

Cuti kali ni, sume kosmate saya wajib menjalani latihan industri selama 7 minggu, di kilang.. Lecturer amat galakkan student praktikal kat kilang ubat, tapi saya buat kat kilang makanan. Nak buat macam mana, kilang farmaseutikal belum ada lg kt Terengganu... Kami, pelajar degree pharmacy UiTM wajib praktikal di kilang (industry), hal ini lah yang membezakan pharmacy uitm dgn pharmacy u lain. Sebab nak galakkan bumiputera bukak kilang kot.. :)

Saya dgn Kak Muni praktikal di PERTIMA.. Kilang ni bukan kilang farmaseutikal, tapi kilang makanan. Takpe lah. asalkan cukup syarat jer, sebab tak nak buat kat kilang luar Terengganu.. Mula2 datang, ramai jugak la staff yang tanya "eh kamu budak farmasi kan, kenapa datang praktikal kat kilang makanan?".. Tersengih2 kitorang.. "Err kat sini takde kilang ubat la kak, so kitorang taknak praktikal kat negeri lain'. Lepas tu barulah dorang mengangguk..Staff2 kat kilang ni sangat friendly.. So, best jugak la.. Minggu pertama, takde la banyak sangat aktiviti, just buat aktiviti2 yang basic je..



1st day: Berkenalan dengan staff n budak praktikal lain, baca manual HACCP system..Lepak dalam meeting room...

2nd day: Start masuk production, sangatlah panass.. Macam sauna la pulak. Bermandi peluh kt kilang.. Produk: daging kambing dalam tin..Tolong makcik2 kilang isi daging dalam tin. Penat tu bolehlah tahan. Balik rumah, terus "pengsan"....

3rd day: Kak Nana demo cara nk buat Hygiene swab Test... Macam best jugak la, sebab boleh check keberkesanan proses pembersihan alatan. Kalau xbersih, bgtau orang tu, kne bersihkan dengan betul..

4th and 5th day: Hari-hari wajib cek suhu tempat yg simpan bhn mentah utk produk..Coding finished produk-letak expired date.


Hari-hari habis keje pukul 3ptg, depends berapa banyak produk. Kalau habis awal, balik awal..Before balik, kena punch kad dulu. Betl2 jadi minah kilang...takde elaun pun, yang penting pengalaman... Tapi seriusly, jiwa saya tak berapa sangat dengan keje kilang. Prefer keje kat hospital. Saya pon tak tahu kenapa. InsyaAllah, kalau saya jd pharmacist, saya nak keje dengan government. Taknak keje kilang. Sorry En Meor.. Hihi...

P/s: Sorry kalau gambar tak berapa menarik. Kamera pon hilang sekali ngan laptop. Guna kamera hp yang tak berapa best...


sebelum tamat tempoh praktikal, wajib try naik benda ni...


Hygiene swab test


Hari-hari jadi minah kilang


Produk untuk coding



yay, da siap...

Tuesday, March 8, 2011

Tiada rehat untuk Semester 6

Assalamualaikum.. Di saat entry ini ditulis, aku tengah merehatkan diri dari study, sambil makan nasi goreng.. Semester 6, bukan final year okey.. Masih ade lagi 2 semester untuk menggenggan segulung ijazah, InsyaAllah.. Kesemua ada 8 semester, lagi 2 semester aku harus bertungkus lumus untuk lulus sume paper. Orang lain nak dapat A, tapi aku nak lulus je. Sebab subjek pharmacy susah (alasan aku tu, malas nak study). Jangan caye....

Ingat da habis attachment hospital, dapat la jugak nak rilek2 sebab hari Selasa ngan Rabu free, tapi banyak sangat la kelas nak kena ganti. Sebelum ni class asyik cancel je.. Kalo proceed je kan, senang keje aku. Tak payah nak pegi class lagi. Pastu pulak semester ni banyak sangat la announcement last minute. Unexpected pulak tuh. Sebagai contoh, pagi tadi dah siap2 n breakfast untuk pegi class pastu dpt info class cancel. Aduhai.. Lepas ni kena ganti balik.. Aku merungut bukan ape, sebab masa makin suntuk. Nanti nak final exam, lecturer berebut2 nak pegi class ganti... STUDY WEEK EMPAT HARI saja.... SEM NI ade 8 SUBJEK menghafal...

Sekarang ni kepala otak aku, ada banyak benda nak kena buat. Takpelah nak tulis jugak walaupun korang kate kerja korang lagi banyak. :

1. Assignment subjek industry
2. Lab pharmaceutical care
3. Chapter 1 n 2 untuk Research
4. Test subjek Central Nervous System
5. Test + Presentation subjek Retail

* Tak tahu nak buat yang mana satu, sebab kalo buat yang tu, pkir yang ni*

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku untuk menhadapi hari2 mencabar semester 6.. Aminn


Monday, February 14, 2011

Malacca, I'm fall in love!

Assalamualaikum.. Kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya ke Melaka.. Nak bace ke, taknak bace ke i tak kisah ok.. Yang penting saya puas hati sebab dapat pegi Melaka buat kali pertama dalam hidup.. Target saya sekarang ni, nak jalan2 seluruh Malaysia sebelum pegi jalan2 ke oversea pulak. InsyaAllah..First skali saya nak ucapkan jutaan banyak2 kepada Kak Tashaselaku penganjur program.. Hurm xnak cakap banyak, just aku tulis kronologi lawatan aku ke melaka. Perjalanan kami bermula seawal 8pg, dan pulang semula ke Puncak Alam pukul 2pg..(Balik lewat skit je, skali sekala xpe kan. hehe) Tapi seriusly tak cukup utk lawat Melaka kalau satu hari je.. InsyaAllah kalo ade masa saya nak pegi lagi.. Kalau kawen dengan orang Melaka lagi best kot.. Hahahaha.. Jom!


Opps sebelum itu saya perkenalkan penganjur program..

Penganjur: Kak Tasha yang comey!




1) Menjejakkan kaki ke Melaka pada pukul 10 pg, pegi Tasik Ayer Keroh




2) Menaiki kereta lembu




3) Pegi Taman Buaya Melaka.. Walaupun bergambar kat pintu gerbang jer takut tak sempat pegi semua tempat..



4) Melawat Bandar Hilir+ Stadhuys +Kota A Famosa + Istana Kesultanan Melayu Melaka







5)Menyaksikan pemandangan indah menaiki Menara Taming Sari


6) Lepak di Pantai Kelebang + Bersembahyang di Masjid Tengkera









7) Menaiki River Cruise menyusuri Sg Melaka.


Tepat jam 12 malam kami pun pulang ke Puncak Alam.. Terima kasih kawan2 kerana telah jadikan impian aku untuk ke Melaka menjadi kenyataan.. :)

Thursday, February 3, 2011

Khabar dari Egypt




Khabar yang saya baru terima dari Egypt.. Taknak bercerita panjang... Korang leh bace sendiri printscreen member aku kat FB.. Doakan keselamatan mereka semua.. Aminn