Assalamualaikum... Kali ni saya ada mood pulak nak update blog... Bukan taknak update, tapi tak berape best nk update guna notebook, sebab kecil sangat. Saya selesa kalau guna laptop saya sendiri.. Nak buat macam mana, memang takde rezeki. Tengah berkabung lagi sebab laptop saya dicuri minggu lepas..
Cuti kali ni, sume kosmate saya wajib menjalani latihan industri selama 7 minggu, di kilang.. Lecturer amat galakkan student praktikal kat kilang ubat, tapi saya buat kat kilang makanan. Nak buat macam mana, kilang farmaseutikal belum ada lg kt Terengganu... Kami, pelajar degree pharmacy UiTM wajib praktikal di kilang (industry), hal ini lah yang membezakan pharmacy uitm dgn pharmacy u lain. Sebab nak galakkan bumiputera bukak kilang kot.. :)
Saya dgn Kak Muni praktikal di PERTIMA.. Kilang ni bukan kilang farmaseutikal, tapi kilang makanan. Takpe lah. asalkan cukup syarat jer, sebab tak nak buat kat kilang luar Terengganu.. Mula2 datang, ramai jugak la staff yang tanya "eh kamu budak farmasi kan, kenapa datang praktikal kat kilang makanan?".. Tersengih2 kitorang.. "Err kat sini takde kilang ubat la kak, so kitorang taknak praktikal kat negeri lain'. Lepas tu barulah dorang mengangguk..Staff2 kat kilang ni sangat friendly.. So, best jugak la.. Minggu pertama, takde la banyak sangat aktiviti, just buat aktiviti2 yang basic je..
1st day: Berkenalan dengan staff n budak praktikal lain, baca manual HACCP system..Lepak dalam meeting room...
2nd day: Start masuk production, sangatlah panass.. Macam sauna la pulak. Bermandi peluh kt kilang.. Produk: daging kambing dalam tin..Tolong makcik2 kilang isi daging dalam tin. Penat tu bolehlah tahan. Balik rumah, terus "pengsan"....
3rd day: Kak Nana demo cara nk buat Hygiene swab Test... Macam best jugak la, sebab boleh check keberkesanan proses pembersihan alatan. Kalau xbersih, bgtau orang tu, kne bersihkan dengan betul..
4th and 5th day: Hari-hari wajib cek suhu tempat yg simpan bhn mentah utk produk..Coding finished produk-letak expired date.
Hari-hari habis keje pukul 3ptg, depends berapa banyak produk. Kalau habis awal, balik awal..Before balik, kena punch kad dulu. Betl2 jadi minah kilang...takde elaun pun, yang penting pengalaman... Tapi seriusly, jiwa saya tak berapa sangat dengan keje kilang. Prefer keje kat hospital. Saya pon tak tahu kenapa. InsyaAllah, kalau saya jd pharmacist, saya nak keje dengan government. Taknak keje kilang. Sorry En Meor.. Hihi...
P/s: Sorry kalau gambar tak berapa menarik. Kamera pon hilang sekali ngan laptop. Guna kamera hp yang tak berapa best...

sebelum tamat tempoh praktikal, wajib try naik benda ni...

No comments:
Post a Comment