Tuesday, March 27, 2012

Enjoy! :)


Sunday, March 18, 2012

Testing 1.2.3..


Sebaik sahaja selesai program Finishing School anjuran Fakulti Farmasi semalam, aku dan si datin kosong berjimba2 menghabiskan duit JPA yang kami dapat untuk kali terakhir. Alhamdulillah. lega rasanya akhirnya dapat juga memenuhi hasrat untuk memiliki sebuah kamera..Walaupon, tidak dapat menggantikan kamera yang telah hilang hampir setahun yang lalu, tetapi sangat berpuas hati dapat keluar jejalan bersama sahabat, datin kosong.. Namun begitu, terasa sangat 'kehabisan" duit membeli gajet yg mahal ini..Kalau tak beli, bila lagi. Sebab dah last semester, perlu sangat merakam segala memori bersama teman2... Lepas ni belum tentu dapat berjumpa ke x dengan dorang. Huhu

Selepas itu kami melepaskan hajat menjamu selera di Tutti Frutti Shah Alam. Sangat melucukan apabila kami hampir terlepas bas U90. Dan marathon hampir 1 km, mengejar bas.. Kalau terlepas bas, kami terpaksa mengeluarkan wang hampir 50 menaiki teksi utk pulang ke Puncak Alam. Sesungguhnya kenangan ini memang ak x dapat lupa sampai bila2. Again, a big thanks to Datin Kosong.. U are the best friend ever!! :)..

p/s: Kalau tak letak gambar, tak sah. Kamera baru gittew. (Murah je pun)












Hihi. One word I can say: seronok!!

Saturday, March 10, 2012

My old school memories

Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pembaca. Petang macam ni teringat pulak kat member sekolah lama. Dah hampir 5 tahun kami tidak ketemu, terutama kawan2 di negeri sebelah, Kelantan. Kawan dr negeri Terengganu pun same, even tinggal satu negeri, tapi memang tak pernah jumpa. Tidak berkesempatan untuk bertemu lagi, disebabkan masing2 belajar di tempat yang belainan, terutama di luar negara.. Saya sangat rindu akan kawan2 sekolah lama. Seribu satu kenangan yg saya dapat sepanjang bergelar pelajar MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Salah sebuah tempat yang telah melahirkan insan berkerjaya professional, doktor, jurutera dan pegawai farmasi. Ehem2.. Godek2 album kat Facebook, akhirnya saya jumpa jugak gambar kenangan ni semua. Bernilai sangat, tahu!! Kawan2 saya yang lain, cakap sume gambar lame diorang dah takde, kebanyakannya hilang sebab format laptop..



Yang ni gambar kami bersama cikgu Kimia. Sangat garang orangnya, tapi sapa sangka, orangnya sangat baik hati. Garang pada luaran je. Namanya Cikgu Rodhiah. Saya ucapkan sangat berterima kasih kepada cikgu ni kerana kalau bukan berkat cikgu dan izinNya, saya tak mampu dapat melangkah hingga sejauh ni. Saya minat bidang kimia sebab cikgu. Cikgu memang tak jemu jemu ajar kitorang dari ilmu zero, sampai lah dapat skor A1 dalam SPM. Time kasih cikgu. Saya masih teringat lagi suara lantang cikgu memanggil nama kami semua masa cikgu nak bertanya soalan. Memang saya kecut perut sangat bila dengar cikgu panggil nama saya.. Tapi Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar cikgu, saya dapat menguasai subjek kimia.. Time kasih cikgu.. Kalaulah cikgu tahu, pelajar cikgu sekarang ramai yg ambil kos berkaitan kimia, termasuk saya. Kos ISM Farmasi. Kawan saya, Hazwani ambil kos Pendidikan Kimia di UPM. Amelia, ambil kos Kejuruteraan Kmia UTP. Adakah ia satu suratan atau kebetulan? hehe. Kami rindu cikgu sangat2. Kalau ada masa, nak jumpa cikgu.. :((


Yang ni padang bola sekolah kami. Bertentangan dengan blok pelajar perempuan. Tiap2 petang ramai la budak2 lelaki main kat sini. Kami tiap2 petang selalu jgk la skodeng dorang main. Hahaha. Kadang2 dah boleh cam jugak muka2 dorang, datang padang nak skodeng budak2 perempuan rupenya.. Hahaha


Laluan ni kitorang selalu guna untuk pergi kelas. Seronok pegi ke kelas ramai-ramai dengan kawan2.. Ahh rindu nya zaman sekolah. Kalau lah diputarkan balik masa, saya nak bersekolah semula!! :(


Time ni dinner aka malam pra graduan untuk semua pelajar Tingkatan 5 MRSM Pengkalan Chepa. Saya la yang decorate meja tu, memang menyerlah gila warna dia kan? Hahaha.. Rasa kelakar pun ada, konon-konon nak design meja ala-ala hotel tapi hancur lebur!



Ni lah budak-budak lelaki kelas saya. Semuanya skema + pendiam + pasif. Tu perangai dorang depan pelajar perempuan la. Tap bila di asrama, mak aih. Memang suke mengumpat perempuan rupanya..Tak sangka betul dorang ni kan. Apa-apa pun, kami dah halalkan. Dengan sapa lagi korang nak gosipkan kalau bukan kitorang. Hehehe



Rasanya time ambil gambar ni, selepas habis exam SPM kot. Saya, Jue dan Aishah. 3 Sekawan.. Hihihi. Aishah sedang melanjutkan pelajaran di Mansoura, Mesir. Dah lama jugak tak jumpa die, hampir 5 tahun.. Harap dapat bertemu lagi..


Gambar ni kitorang nak hantar kat paper ala-ala salam perantauan sebenarnya. Hahaha. Saya bersama Bett dan Amy. Rindu sengat akan gelagar Bett, manusia paling unik di muka bumi.. huhuhu.. Boleh dikatakan die pelakon terhebat la. Ade bakat jadi pelakon. Dia sekarang ni belajar perubatan di India. kawan saya lagi sorang, Amy akan habis belajar sama dengan saya, kejuruteraan kimia UTP. Banyak jugak petua yang sy ambil dengan die masa cinta monyet dahulu. Kuwang3.. Sekrang ni masih lagi contact. Die boleh dikatakan ada bakat lah jadi Dr Cinta. Hehehe


Time ni outing bersama Cikgu Homeroom kitorang. Namanya Ustaz Fadzli. Ustaz sangat baik dan ambil berat kebajikan student die. Sekarang ni masih mengajar di MRSM PC. Saya masih lagi ingat kenangan berbuka puasa beramai-ramai di rumah Ustaz. Bayangkan, hampir sekelas kitorang serbu rumah ustaz. Sangat seronok sembahyang berjemaah bersama-sama rakan sekelas di rumah ustaz..

Gambar bdk perempuan sekelas. Sangat skema okeh.. :)


Ni la bilik kitorang, C2. Time ni kitorang bersiap nak pergi majlis hari raya di skolah. Macam kumpulan nasyid pun ada kan? :P



Hehehe. Muka saya sangat buruk di situ..Sebab x ready :P


Ni la yang slalu kitorang buat sementara cikgu belum masuk kelas or cikgu tak masuk kelas. Kelas saya memang pasif + suka tido. Classmate saya sume ada penyakit suka tido. hairan jugak. Kuat tido pun, still skor cemerlang SPM. Tido rahsia cemerlang dalam peperiksaan SPM kami uolls. :)


Wee, kami dah grad!!



Wajah-wajah perempuan kelas kami. Ain, bakal menjadi isteri orang tahun ini. Tak sangka pulak bakal suami dia budak kelas sebelah masa MRSM... Kuat betul jodoh dorang, hampir 7 tahun bercinta, akhirnya bakal ke jinjang pelamin. :)


Saat-saat manis di kelas prep terakhir sebelum exam SPM.. :)


Again, tido is a good habit u know!


Posing dulu sebelum dinner.Depan bilik je pun. :)


Setakat itu sahaja entry kali ini. Rasa nak sekolah balik.. Huhuhu. Seribu satu kenangan tersimpan.. Frindship forever, friends. Bila nak buat reunion besar-besaran ye?? :))





Thursday, March 8, 2012

Final Semester


Assalamualaikum kepada semua followers. Dah lama saya tak jenguk blog. Rasanye sejak tahun lepas lagi, saya nak delete blog ni tapi tak "kesampaian hati" pula. Haha.. Rasanya tahun ni ade masa lah sikit mengabdikan diri untuk blog kesayangan ni..Walaupun tak secantik blog orang lain yang penuh dengan bahasa friendly, tapi aku buat blog ni sekadar untuk suka-suka dan mengisi masa terluang. Saya dah memasuki semester terakhir Ijazah Sarjana Muda Farmasi.Semester akhir..

Sebenarnya tak ada ape dengan semester akhir. Bagi aku, semester ni la yang paling bosan sebab kelas tak banyak. Mungkin ini "hadiah" selepas 7 semester berhempas pulas study + menghadap buku. Tatkala kebosanan, aku memang dah tak tau nak buat apa selain online + tengok tv+cter + borak2 dengan kengkawan + jalan2.. Memang sangat berbeza dengan semester lepas, yang sangat penat dan sampai tak cukup tangan. Weekdays dah la kelas pack, lepas tu weekend pulak kene masuk lab untuk buat Final Year Project. Semester akhir ni juga menentukan CGPA kita dan giliran menerima skrol pada hari konvokesyen. Semester ni jugak, banyak benda yang perlu tahu, selain daripada belajar teori dalam kelas sebagai persediaan untuk houseman nanti sebab belajar teori sangat berbeza daripada dunia pekerjaan nanti. boleh dikatakan hampir keseluruhan berbeza. Rasa cuak pulak bila pikir pasal kerja. Untuk pengetahuan anda semua, pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi diwajibkan untuk menjalani perkhidmatan wajib selama 2 tahun selepas tamat ijazah..


Sebenarnya, aku sangat berharap dapat bekerja di tanah tumpah kelahiranku, bumi Terengganu darul Iman. Sudah hampir 7 tahun menuntut ilmu di negeri orang, aku sangat berharap agar dapat menabur bakti di negeri sendiri. Bosan tahu?? Aku jeles jugak bile tgk ramai kengkawan balik rumah bila weekend. Sangat seronok boleh jumpa family.. Aku harap Allah perkenankan doa hambaMu ini. InsyaAllah. Hospital ape pun boleh la, asalkan di Terengganu.. Harap-harap dapat Hospital Sultanah Nur Zahirah. :)




Semester terakhir ini juga, akan menghabiskan masa bersama kengkawan satu batch 7th generation UiTM Pharmacy. InsyaAllah, bulan 6 nanti kami akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk jawatan Provisional Registered Pharmacist (PRP). Doalkan saya lulus interview tu. Aminn


p/s: Sem 8 kelas 1 jam je sehari, so boleh la mengadap blog 24 jam. :)