Thursday, March 8, 2012

Final Semester


Assalamualaikum kepada semua followers. Dah lama saya tak jenguk blog. Rasanye sejak tahun lepas lagi, saya nak delete blog ni tapi tak "kesampaian hati" pula. Haha.. Rasanya tahun ni ade masa lah sikit mengabdikan diri untuk blog kesayangan ni..Walaupun tak secantik blog orang lain yang penuh dengan bahasa friendly, tapi aku buat blog ni sekadar untuk suka-suka dan mengisi masa terluang. Saya dah memasuki semester terakhir Ijazah Sarjana Muda Farmasi.Semester akhir..

Sebenarnya tak ada ape dengan semester akhir. Bagi aku, semester ni la yang paling bosan sebab kelas tak banyak. Mungkin ini "hadiah" selepas 7 semester berhempas pulas study + menghadap buku. Tatkala kebosanan, aku memang dah tak tau nak buat apa selain online + tengok tv+cter + borak2 dengan kengkawan + jalan2.. Memang sangat berbeza dengan semester lepas, yang sangat penat dan sampai tak cukup tangan. Weekdays dah la kelas pack, lepas tu weekend pulak kene masuk lab untuk buat Final Year Project. Semester akhir ni juga menentukan CGPA kita dan giliran menerima skrol pada hari konvokesyen. Semester ni jugak, banyak benda yang perlu tahu, selain daripada belajar teori dalam kelas sebagai persediaan untuk houseman nanti sebab belajar teori sangat berbeza daripada dunia pekerjaan nanti. boleh dikatakan hampir keseluruhan berbeza. Rasa cuak pulak bila pikir pasal kerja. Untuk pengetahuan anda semua, pelajar Ijazah Sarjana Muda Farmasi diwajibkan untuk menjalani perkhidmatan wajib selama 2 tahun selepas tamat ijazah..


Sebenarnya, aku sangat berharap dapat bekerja di tanah tumpah kelahiranku, bumi Terengganu darul Iman. Sudah hampir 7 tahun menuntut ilmu di negeri orang, aku sangat berharap agar dapat menabur bakti di negeri sendiri. Bosan tahu?? Aku jeles jugak bile tgk ramai kengkawan balik rumah bila weekend. Sangat seronok boleh jumpa family.. Aku harap Allah perkenankan doa hambaMu ini. InsyaAllah. Hospital ape pun boleh la, asalkan di Terengganu.. Harap-harap dapat Hospital Sultanah Nur Zahirah. :)




Semester terakhir ini juga, akan menghabiskan masa bersama kengkawan satu batch 7th generation UiTM Pharmacy. InsyaAllah, bulan 6 nanti kami akan ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk jawatan Provisional Registered Pharmacist (PRP). Doalkan saya lulus interview tu. Aminn


p/s: Sem 8 kelas 1 jam je sehari, so boleh la mengadap blog 24 jam. :)

No comments: