Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pembaca. Petang macam ni teringat pulak kat member sekolah lama. Dah hampir 5 tahun kami tidak ketemu, terutama kawan2 di negeri sebelah, Kelantan. Kawan dr negeri Terengganu pun same, even tinggal satu negeri, tapi memang tak pernah jumpa. Tidak berkesempatan untuk bertemu lagi, disebabkan masing2 belajar di tempat yang belainan, terutama di luar negara.. Saya sangat rindu akan kawan2 sekolah lama. Seribu satu kenangan yg saya dapat sepanjang bergelar pelajar MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan. Salah sebuah tempat yang telah melahirkan insan berkerjaya professional, doktor, jurutera dan pegawai farmasi. Ehem2.. Godek2 album kat Facebook, akhirnya saya jumpa jugak gambar kenangan ni semua. Bernilai sangat, tahu!! Kawan2 saya yang lain, cakap sume gambar lame diorang dah takde, kebanyakannya hilang sebab format laptop..

Yang ni gambar kami bersama cikgu Kimia. Sangat garang orangnya, tapi sapa sangka, orangnya sangat baik hati. Garang pada luaran je. Namanya Cikgu Rodhiah. Saya ucapkan sangat berterima kasih kepada cikgu ni kerana kalau bukan berkat cikgu dan izinNya, saya tak mampu dapat melangkah hingga sejauh ni. Saya minat bidang kimia sebab cikgu. Cikgu memang tak jemu jemu ajar kitorang dari ilmu zero, sampai lah dapat skor A1 dalam SPM. Time kasih cikgu. Saya masih teringat lagi suara lantang cikgu memanggil nama kami semua masa cikgu nak bertanya soalan. Memang saya kecut perut sangat bila dengar cikgu panggil nama saya.. Tapi Alhamdulillah, berkat tunjuk ajar cikgu, saya dapat menguasai subjek kimia.. Time kasih cikgu.. Kalaulah cikgu tahu, pelajar cikgu sekarang ramai yg ambil kos berkaitan kimia, termasuk saya. Kos ISM Farmasi. Kawan saya, Hazwani ambil kos Pendidikan Kimia di UPM. Amelia, ambil kos Kejuruteraan Kmia UTP. Adakah ia satu suratan atau kebetulan? hehe. Kami rindu cikgu sangat2. Kalau ada masa, nak jumpa cikgu.. :((

Yang ni padang bola sekolah kami. Bertentangan dengan blok pelajar perempuan. Tiap2 petang ramai la budak2 lelaki main kat sini. Kami tiap2 petang selalu jgk la skodeng dorang main. Hahaha. Kadang2 dah boleh cam jugak muka2 dorang, datang padang nak skodeng budak2 perempuan rupenya.. Hahaha

Laluan ni kitorang selalu guna untuk pergi kelas. Seronok pegi ke kelas ramai-ramai dengan kawan2.. Ahh rindu nya zaman sekolah. Kalau lah diputarkan balik masa, saya nak bersekolah semula!! :(

Time ni dinner aka malam pra graduan untuk semua pelajar Tingkatan 5 MRSM Pengkalan Chepa. Saya la yang decorate meja tu, memang menyerlah gila warna dia kan? Hahaha.. Rasa kelakar pun ada, konon-konon nak design meja ala-ala hotel tapi hancur lebur!

Ni lah budak-budak lelaki kelas saya. Semuanya skema + pendiam + pasif. Tu perangai dorang depan pelajar perempuan la. Tap bila di asrama, mak aih. Memang suke mengumpat perempuan rupanya..Tak sangka betul dorang ni kan. Apa-apa pun, kami dah halalkan. Dengan sapa lagi korang nak gosipkan kalau bukan kitorang. Hehehe

Rasanya time ambil gambar ni, selepas habis exam SPM kot. Saya, Jue dan Aishah. 3 Sekawan.. Hihihi. Aishah sedang melanjutkan pelajaran di Mansoura, Mesir. Dah lama jugak tak jumpa die, hampir 5 tahun.. Harap dapat bertemu lagi..

Gambar ni kitorang nak hantar kat paper ala-ala salam perantauan sebenarnya. Hahaha. Saya bersama Bett dan Amy. Rindu sengat akan gelagar Bett, manusia paling unik di muka bumi.. huhuhu.. Boleh dikatakan die pelakon terhebat la. Ade bakat jadi pelakon. Dia sekarang ni belajar perubatan di India. kawan saya lagi sorang, Amy akan habis belajar sama dengan saya, kejuruteraan kimia UTP. Banyak jugak petua yang sy ambil dengan die masa cinta monyet dahulu. Kuwang3.. Sekrang ni masih lagi contact. Die boleh dikatakan ada bakat lah jadi Dr Cinta. Hehehe

Time ni outing bersama Cikgu Homeroom kitorang. Namanya Ustaz Fadzli. Ustaz sangat baik dan ambil berat kebajikan student die. Sekarang ni masih mengajar di MRSM PC. Saya masih lagi ingat kenangan berbuka puasa beramai-ramai di rumah Ustaz. Bayangkan, hampir sekelas kitorang serbu rumah ustaz. Sangat seronok sembahyang berjemaah bersama-sama rakan sekelas di rumah ustaz..

Gambar bdk perempuan sekelas. Sangat skema okeh.. :)

Ni la bilik kitorang, C2. Time ni kitorang bersiap nak pergi majlis hari raya di skolah. Macam kumpulan nasyid pun ada kan? :P

Hehehe. Muka saya sangat buruk di situ..Sebab x ready :P

Ni la yang slalu kitorang buat sementara cikgu belum masuk kelas or cikgu tak masuk kelas. Kelas saya memang pasif + suka tido. Classmate saya sume ada penyakit suka tido. hairan jugak. Kuat tido pun, still skor cemerlang SPM. Tido rahsia cemerlang dalam peperiksaan SPM kami uolls. :)

Wee, kami dah grad!!

Wajah-wajah perempuan kelas kami. Ain, bakal menjadi isteri orang tahun ini. Tak sangka pulak bakal suami dia budak kelas sebelah masa MRSM... Kuat betul jodoh dorang, hampir 7 tahun bercinta, akhirnya bakal ke jinjang pelamin. :)

Saat-saat manis di kelas prep terakhir sebelum exam SPM.. :)

Again, tido is a good habit u know!

Posing dulu sebelum dinner.Depan bilik je pun. :)
Setakat itu sahaja entry kali ini. Rasa nak sekolah balik.. Huhuhu. Seribu satu kenangan tersimpan.. Frindship forever, friends. Bila nak buat reunion besar-besaran ye?? :))
4 comments:
Semua students MRSM sume bijak2....termasuklah penulis blog ni...^_^
Orang laen sekelas dah nak jadi isteri orang....Cik Nasiha bile lagi, study pun da nak abes kan...
Anon: Yang komen pun bijak jgk. Ape kurangnyer. Huhu.. Saya xde calon lagi lah.. Xkan nak kawen ngan tunggul kayu. :)
Bijak2 yg komen pun....xde la sebijak Polaris Nasiha...
Xpe la kahwin ngan tunggul kayu pun, xde nak sakit2 hati, tanggungjawab pun just kerat2 kulit mati je, xyah masak2 kemas2 rumah...haha
Erk, kawen dgn benda yg x bernyawa. Xbest jugak. Hahahaha
Post a Comment