Hello dan assalamualaikum semua. Dah lame sangat tak update blog. Bukan ape, sejak masuk final year, gua tersangat busy. Sibuk dengan research, cbl, n kerja yg bertimbun. Hari ni i nak relax after habis 2 test mggu ni. Test yang menyakitkan hati utk i yg otak yang tak seberapa genius macam orang lain. Adakah gua tak study or tak cukup study? Dah prepare sebaik mugkin tapi still tak boleh jawab soalan. Damn! Mungkin dah tak ade rezeki untuk i. Muktamad..
Research gua berjalan lancar.. Alhamdulillah. Kami buat research sesuka hati kami, langsung tak discuss dengan supervisor. Sebab ambil mase seminggu nak jumpa sv kami. Itupun belum tentu dapat jumpa. Dibuatnye cancel last minute, naye gua. Jadi, untuk menjimatkan masa, better tak payah jumpa. Syukur jugak ler, dapat co-sv and akak post grad yang baik hati tolong percepatkan research kami. Lepas habis research ni kami nak belanja dorang makan. Taknak belanja sv kami makan...
Pasal kehidupan seharian, hidupku sekarang ni tak menentu. Cepat give up, selalu ber emosi n cepat stress. Aku hanya memikirkan untuk nak habis study sahaja. Skor tinggi ke tak, belakang kira. Dulu mase sem 1 or sem 2, teringin gak ler nak skor tinggi2 ni. Sekarang tak lagi.. Aku tahu di mana tahap kemampuan aku yang sebenar.. Bagi otak sederhana macam aku, cukuplah lulus paper sahaja. Kita sudah berusaha yang terbaik, tapi mungkin itu sahaja kemampuan diri kita yang seadanya.
Kepada keluarga, terutama mak yang tak putus2 berdoa ketenangan hati anaknya, saya ucap terima kasih yang tak terhingga utk mak a.k.a ummi yang tersayang. Jasamu tak dapat dibalas alaupun dengan wang ringgit yang melimpah ruah. terima kasih jugak buat abah yang support saya tatkala sy kesempitan wang, coz duit scholar JPA lambat masuk. Saya janji, lepas grad nanti, saya bagi skrol ijazah tu untuk korang. Pengorbanan kamu semua, saya takkan lupa sampai akhir hayat. Kepada ummi, terima kasih sebab beri kekuatan di saat saya lemah semangat, give up dan sebagainya..
Gua seronok pulak tengok senior convo hari ni. Bile ntah turn gua pulak yag convo. Penat dah menuntut ilmu sebenarnya. Tapi takpe, tinggal setahun je lagi. Pejam celik je. Tak lama dah tu..
Saje je entry gua ni sangat terpesong dari apa yang gua tulis. Entry ni sebenarnya just luahan hati gua yang lame gua pendam. Sudah 3 bulan lebih memendam perasaan. Setakat ini sahaja sesi sapu debu kali ini. Kerja sedang menunggu. Chow~
p/s: Mungkin bosan bace entry gua macam karangan budak darjah 3. Kalo bosan, boleh blah. Hehe. Gambar takde sebab takde kamera. Sekian..
No comments:
Post a Comment