Friday, May 20, 2011

Praktikal Industry


Assalamualaikum... Kali ni saya ada mood pulak nak update blog... Bukan taknak update, tapi tak berape best nk update guna notebook, sebab kecil sangat. Saya selesa kalau guna laptop saya sendiri.. Nak buat macam mana, memang takde rezeki. Tengah berkabung lagi sebab laptop saya dicuri minggu lepas..

Cuti kali ni, sume kosmate saya wajib menjalani latihan industri selama 7 minggu, di kilang.. Lecturer amat galakkan student praktikal kat kilang ubat, tapi saya buat kat kilang makanan. Nak buat macam mana, kilang farmaseutikal belum ada lg kt Terengganu... Kami, pelajar degree pharmacy UiTM wajib praktikal di kilang (industry), hal ini lah yang membezakan pharmacy uitm dgn pharmacy u lain. Sebab nak galakkan bumiputera bukak kilang kot.. :)

Saya dgn Kak Muni praktikal di PERTIMA.. Kilang ni bukan kilang farmaseutikal, tapi kilang makanan. Takpe lah. asalkan cukup syarat jer, sebab tak nak buat kat kilang luar Terengganu.. Mula2 datang, ramai jugak la staff yang tanya "eh kamu budak farmasi kan, kenapa datang praktikal kat kilang makanan?".. Tersengih2 kitorang.. "Err kat sini takde kilang ubat la kak, so kitorang taknak praktikal kat negeri lain'. Lepas tu barulah dorang mengangguk..Staff2 kat kilang ni sangat friendly.. So, best jugak la.. Minggu pertama, takde la banyak sangat aktiviti, just buat aktiviti2 yang basic je..



1st day: Berkenalan dengan staff n budak praktikal lain, baca manual HACCP system..Lepak dalam meeting room...

2nd day: Start masuk production, sangatlah panass.. Macam sauna la pulak. Bermandi peluh kt kilang.. Produk: daging kambing dalam tin..Tolong makcik2 kilang isi daging dalam tin. Penat tu bolehlah tahan. Balik rumah, terus "pengsan"....

3rd day: Kak Nana demo cara nk buat Hygiene swab Test... Macam best jugak la, sebab boleh check keberkesanan proses pembersihan alatan. Kalau xbersih, bgtau orang tu, kne bersihkan dengan betul..

4th and 5th day: Hari-hari wajib cek suhu tempat yg simpan bhn mentah utk produk..Coding finished produk-letak expired date.


Hari-hari habis keje pukul 3ptg, depends berapa banyak produk. Kalau habis awal, balik awal..Before balik, kena punch kad dulu. Betl2 jadi minah kilang...takde elaun pun, yang penting pengalaman... Tapi seriusly, jiwa saya tak berapa sangat dengan keje kilang. Prefer keje kat hospital. Saya pon tak tahu kenapa. InsyaAllah, kalau saya jd pharmacist, saya nak keje dengan government. Taknak keje kilang. Sorry En Meor.. Hihi...

P/s: Sorry kalau gambar tak berapa menarik. Kamera pon hilang sekali ngan laptop. Guna kamera hp yang tak berapa best...


sebelum tamat tempoh praktikal, wajib try naik benda ni...


Hygiene swab test


Hari-hari jadi minah kilang


Produk untuk coding



yay, da siap...

Tuesday, March 8, 2011

Tiada rehat untuk Semester 6

Assalamualaikum.. Di saat entry ini ditulis, aku tengah merehatkan diri dari study, sambil makan nasi goreng.. Semester 6, bukan final year okey.. Masih ade lagi 2 semester untuk menggenggan segulung ijazah, InsyaAllah.. Kesemua ada 8 semester, lagi 2 semester aku harus bertungkus lumus untuk lulus sume paper. Orang lain nak dapat A, tapi aku nak lulus je. Sebab subjek pharmacy susah (alasan aku tu, malas nak study). Jangan caye....

Ingat da habis attachment hospital, dapat la jugak nak rilek2 sebab hari Selasa ngan Rabu free, tapi banyak sangat la kelas nak kena ganti. Sebelum ni class asyik cancel je.. Kalo proceed je kan, senang keje aku. Tak payah nak pegi class lagi. Pastu pulak semester ni banyak sangat la announcement last minute. Unexpected pulak tuh. Sebagai contoh, pagi tadi dah siap2 n breakfast untuk pegi class pastu dpt info class cancel. Aduhai.. Lepas ni kena ganti balik.. Aku merungut bukan ape, sebab masa makin suntuk. Nanti nak final exam, lecturer berebut2 nak pegi class ganti... STUDY WEEK EMPAT HARI saja.... SEM NI ade 8 SUBJEK menghafal...

Sekarang ni kepala otak aku, ada banyak benda nak kena buat. Takpelah nak tulis jugak walaupun korang kate kerja korang lagi banyak. :

1. Assignment subjek industry
2. Lab pharmaceutical care
3. Chapter 1 n 2 untuk Research
4. Test subjek Central Nervous System
5. Test + Presentation subjek Retail

* Tak tahu nak buat yang mana satu, sebab kalo buat yang tu, pkir yang ni*

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku untuk menhadapi hari2 mencabar semester 6.. Aminn


Monday, February 14, 2011

Malacca, I'm fall in love!

Assalamualaikum.. Kali ini saya akan menceritakan pengalaman saya ke Melaka.. Nak bace ke, taknak bace ke i tak kisah ok.. Yang penting saya puas hati sebab dapat pegi Melaka buat kali pertama dalam hidup.. Target saya sekarang ni, nak jalan2 seluruh Malaysia sebelum pegi jalan2 ke oversea pulak. InsyaAllah..First skali saya nak ucapkan jutaan banyak2 kepada Kak Tashaselaku penganjur program.. Hurm xnak cakap banyak, just aku tulis kronologi lawatan aku ke melaka. Perjalanan kami bermula seawal 8pg, dan pulang semula ke Puncak Alam pukul 2pg..(Balik lewat skit je, skali sekala xpe kan. hehe) Tapi seriusly tak cukup utk lawat Melaka kalau satu hari je.. InsyaAllah kalo ade masa saya nak pegi lagi.. Kalau kawen dengan orang Melaka lagi best kot.. Hahahaha.. Jom!


Opps sebelum itu saya perkenalkan penganjur program..

Penganjur: Kak Tasha yang comey!




1) Menjejakkan kaki ke Melaka pada pukul 10 pg, pegi Tasik Ayer Keroh




2) Menaiki kereta lembu




3) Pegi Taman Buaya Melaka.. Walaupun bergambar kat pintu gerbang jer takut tak sempat pegi semua tempat..



4) Melawat Bandar Hilir+ Stadhuys +Kota A Famosa + Istana Kesultanan Melayu Melaka







5)Menyaksikan pemandangan indah menaiki Menara Taming Sari


6) Lepak di Pantai Kelebang + Bersembahyang di Masjid Tengkera









7) Menaiki River Cruise menyusuri Sg Melaka.


Tepat jam 12 malam kami pun pulang ke Puncak Alam.. Terima kasih kawan2 kerana telah jadikan impian aku untuk ke Melaka menjadi kenyataan.. :)

Thursday, February 3, 2011

Khabar dari Egypt




Khabar yang saya baru terima dari Egypt.. Taknak bercerita panjang... Korang leh bace sendiri printscreen member aku kat FB.. Doakan keselamatan mereka semua.. Aminn

Tuesday, February 1, 2011

Selamatkan mereka!

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.


edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.


edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.


Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.


Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.


1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.


2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.


3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI


4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI


5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.


6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.


7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch

Blog: Nadia-ism

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia


8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dar

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html


Tuesday, January 25, 2011

Countdown...

Hari ni best gile... Macam tau2 jer aku dah takde wang sekrang ni.. Hehe.. Nak mintak duit ngan abah, rasa tak tergamak pulak kan. Yelar, dah besar takkan nak mintak duit lagi..Lagi satu, mesti kene bebel, "tu la. boros sangat kan dah takde duit"... Diam jer.. Haha...

Tepat jam pukul 7pg, aku dikejutkan dengan bunyi mesej "tut-tut" yang memberitahu bahawa duit JPA dah masuk. Hati riang tak terkata.. Hanya orang yang kesempitan wang macam aku je betapa syukurnya apabila duit yang ditunggu-tunggu sudah dikreditkan dalam akaun. Kalau duit tak masuk jugak, yak tau lah aku nak cekau duit dari mana...

Minggu ni memang minggu yang best, banyak sebab:

1. Duit JPA rm5645 masuk (sikit je, ok.. Mule2 dapat memang rase banyak. Bile hujung sem baru rase tak cukup)
2. Minggu yang ditunggu-tunggu- hari Sabtu ni boleh balik kampung, best gile...Dah tak larat duduk Puncak Alam ni.. Tak best langsung

Minggu ni jugak minggu yang mendukacitakan:
1. Ade kuiz subjek retail, so kene bace buku
2. Plan ngan Kak Tasha minggu lepas tak jadi, sebab duit JPA masuk lambat.


Macam mane pun, kena bajet lah duit tu untuk cuti sem 4 bulan nanti.. Kalau tak memang seksa gila nak tunggu duit JPA masuk pulak..Bukan senang kerajaan nak bagi duit free.. Duit kalau keluar senang jer, nak masuk punyalah payah.

Sekian.

p/s: sume orang kata duit JPA banyak. Tapi tak bagi aku.. Rm 5645 tu apelah sangat.. Harga minyak naik, sume barang naik... Duit skolar tak naik-naik.. Grr

Friday, January 21, 2011

Khasiat pokok bunga

Hello hello hello... Saya kembali lagi! Hari ini kelas sehari suntuk, pukul 8.30pg sampai pukul 6 petang... Tak larat rasanya.. Baru sekarang aku tahu "kesakitan" ambil kos kritikal.. Series aku ambil kos ni bukan kerana minat semata2... Tetapi 50% daripadanya disebabkan mak aku.. Sebab lepas asasi haritu konfuse nak ambil kos ape kan.. Aku "terkilik" ah kos farmasi kat borang UPU.. (opss cerita kenangan lama)

Dah masuk semester 6, tak boleh la nak menyesal masuk amek kos farmasi kan... Sem ni aku tension sangat2 sebab adanya subjek research..Bukan senang nak tulis thesis,baca berpuluh-puluh jurnal dan duduk dalam lab.

Eh aku tebebel topik lain pulak kan.. Sebenarnya aku nak cerita pasal tajuk research aku. Tak tahu la menarik ke tak... Tajuk nya "In-vitro anticancer activity of the fractions of Bauhinia Purpurea leaves metanolic extract".. Panjang gile tajuk kan.. Tak tahu lah camne nak sebut time present nanti...

pokok ni sangat cantik, boleh hias rumah korang..

Pokok ni name die bunyi agak pelik, tapi canti jugak bunga die.. Hurm baru aku tahu, pokok bunga yang biasa-biasa pun ade khasiat jugak... Anticancer woh... Tak tahu la betul ke tak, tunggu la thesis aku publish nanti yer... Untuk pemgetahuan semua, pokok ni pokok dari UPM, under ex-lecturer Fakulti Farmasi UiTM.. Beliau sekarang ni join UPM..

Tiap kali hari Jumaat kan, mesti aku tension siot, sebab penghujung hari mesti kepala serabut gila pasal research.. Tengok orang lain dah start buat introduction dan ada yang dah siap, aku pulak baru je dapat tajuk minggu ni.. Nak cari jurnal pulak ambil masa lama.. Bukan senang nak jumpa jurnal.. Banyak yang merepek la...

Takpe la kan, at least ade mase lagi nak buat time cuti CNY nanti.. Lepas ni ade attachment hospital pulak kan.. Busy giler...

Bile ntah aku nak insaf.. Orang lain dah mula sayang research dorang, aku ni bile lagi.. Hehehe....

p/s : Lain kali kalo korang nak pilih kos, jangan amek kos Farmasi. Nanti jadi tension macam aku... (naseb baik je aku dapat biasiswa.. :D)