Wednesday, June 13, 2012

I'm done with SPA Interview


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian. Lama rasanya aku tak hupdate belog. Kali ni aku update untuk bercerita mengenai temuduga SPA yang aku hadiri untuk jawatan Pegawai Farmasi U41. Temuduga tersebut diadakan pada semalam, iaitu 12 Jun 2012 bertempat di bilik temuduga, Bangunan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), Putrajaya. Memang sudah menjadi kewajipan kepada semua pelajar tahun akhir kos kritikal iaitu farmasi, pergigian, dan perubatan dikehendaki menghadiri interview sewaktu semester akhir untuk houseman di hospital kerajaan selepas menamatkan pengajian.

Nama aku termasuk dalam senarai kumpulan hari pertama. Sesungguhnya aku sangat berdebar dan bercampur cuak kerana sudah lama tidak menghadiri temuduga, seingat aku kali terakhir menghadiri temuduga adalah selepas asasi, temuduga untuk latihan perguruan di IPG.


Berbalik kepada interview semalam, kami bertolak ramai2 dari kampus Puncak Alam ke bangunan SPA Putrajaya. Aku adalah orang kedua terakhir untuk ditemuduga. Okey. Menjadi orang yang last untuk ditemuduga sangat la merimaskan dan memenatkan. penantian satu penyeksaan katakan. Hati sangat jeles apabila orang yang sudah interview boleh bergembira dan menceritakan tentang soalan2 yang ditanya dan berbincang sesama meraka manakala aku masih lagi cuak dan tepaksa mengingat apa yang sudah dihafal. Apabila nombor 0913 tertera dan dipanggil oleh robot, aku terus melangkah ke bilik temu duga tersebut. Hati sangat berdebar2. Ya Allah, hanya Kau sahaja yang tahu pada waktu itu..

Pintu bilik J diketuk tiga kali dan kemudian aku masuk dan bagi greeting. Di dalam nya terdapat 4 orang panel, 3 dari ahli ahli suruhanjaya SPA, dan seorang lagi panel dari KKM (CH). Sesi temuduga bermula:

F : Tok tok tok (ketuk 3 kali). Lepas tu aku masuk memberikan resume + dokumen, berikan fail untuk mereka tengok.

DS: Silakan duduk. Assalamualaikum WBT. Terima kasih kerana menghadiri temuduga. Ok, nama Nurfatihah Nasiha binti B***** ye. Nama ayah awak B****? Unik nya nama. Semoga bahagia selalu. Hurm, saya ade jumpa nama merdeka. Awak tau, kenapa nama merdeka? Sebab die dilahirkan pada waktu merdeka. Nurfatihah, sila perkenalkan diri.

F. : W.B.T... Yer, memang unik nama bapa aku. Harapnya begitu lah. semoga doa dimakbulkan. Aminn. (sambil senyum, nak hilangkan nervous sebenarnya). Baiklah, saya perkenalkan diri. (Aku terus memperkenalkan diri, dan cerita asal mana, skolah, hobi, pasal adik beradik, pasal kerja abah, umi, citer bebanyak2 sebab nak drag masa, time ni la aku pikir panel boleh tanya soalan banyak2 pasal background aku, jadi senang skit aku nak jawab)

DS: Ouh ayah awak kerja Pembantu Veterinar? Ada bela lembu or kambing tak kat rumah?

F: Ouh ayah tak de bela pun. Die cuma kerja dan tolong orang kampung kalau diorang datang nak minta ubat or mintak ayah check kalo ade kambing or lembu sakit..

DS: oo yeke, kalo buat bisnes untung jugak kan. Baik lah, kalo nurfatihah jadi pharmacist, apa yang awak boleh buat untuk tingkatkan taraf kesihatan rakyat malaysia?

F: (alamak, agak susah soalan datuk tu tapi ak try jawab jgk). Sekiranya saya jadi seorang pharmacist, saya akan gunakan ilmu pengetahuan, pengalaman yang saya ada untuk meningkatkan taraf kesihatan rakyat dengan memberikan kaunseling dan memastikan dapat hasil rawatan yang terbaik yang diberikan oleh pihak hospital. Sebagai contoh, pesakit2 yang ade hipertensi, diorang tak makan ubat sangat dan komplian. So, sebagai seorang pharmacist, contohnye di bahagian OPD saya boleh bagi kaunseling mengenai ubat dan bagitau kesannya, memberi pendidikan kepada diorang tentang kepentingan makan ubat, makan dgn cara yang betul bla bla bla. (Aku relate jugak dengan ayah dan nenek aku, sebab dorang pun ade penyakit darah tinggi)

Lagi 2 orang ahli suruhanjaya hanya pemerhati. (masa ni aku bercakap je ape yang keluar dari otak aku..tak kira la nerves ke x. Janji cakap)

DS: Betul2. (sambil mengangguk).. Baiklah, apa yang awak tahu pasal NKRA?

F: (aaah sudah. soalan fakta).( Aku cuba mengingat satu satu elemen dalam NKRA dan tujuan NKRA. Sebut sekali nama 6 menteri penting, alamak ada sorang menteri aku kurang pasti betul ke tak, janji aku sebut dan jawab. Buat muka confident sambil senyum. Tengok kesemua panel. Eye contact penting ).

Cik Hayati (panel KKM) : Fatihah, awak mesti tahu kan sape senior director bahagian Farmasi. Apa bahagian dalam perkhidmatan farmasi

F: Pengarah kanan farmasi ialah dato esah abdul rahman. Kesemua ade 4 division, iaitu amalan dan perkembangan, polisi dan pengurusan, penguatkuasaan dan last skali ade bpfk. biro pengawalan farmaseutikal kebangsaan

CH: Amalan dan perkembangan ade apa? Apa yang awak tahu?

F: Tak silap saya, amalan dan perkembangan meliputi servis-servis yang disediakan di hospital seperti ward pharmacy, IPD, OPD, CDR, TPN, TDM. (aku sebut yg ni je sebab memang tak hafal sume bidang kuasa amalan dan perkembangan)

CH : Ye, betul tu. Bukan itu saja, malah lebih dari itu. Ade lagi tugas die...........

(Bla bla bla.. Aku mendengar je. Rase menyesal jugak sebab tak ambil tahu + tak study betul2)

CH : Awak final exam ke belum? Ade belajar pasal akta kan? Apa akta2 yang ada?

F: Saya belum final exam lagi. Kesemua ade 5 akta, pertama adalah PA, Selain itu ialah ROPA, DDA, MASA dan last skali adalah SODA

CH: Yer, awak kena tau la pasal akta ni. Nanti PRP, awak kena amek forensic exam kan. Dah apply berdaftar dengan LFM ke belum?

F: A'ah. Dah. Baru je submit borang haritu.

CH: Ok, pendapat awak pasal traditional medicine?

F: (aku jawab je ape yang aku tahu time tu). Seperti kite tengok zaman sekarang ramai komuniti dan orang kampung, percaya yang ubat tradisional ni boleh menyembuhkan penyakit. Mereka tidak berharap dan bergantung sepenuhnye yang ubat preskrib (moden) dapat merawat penyakit mereka sepenuhnya. Jadi, mereka boleh ambil ubat tradisional tetapi hendaklah mendapat consult daripada doctor or ahli farmasi. ini adalah ubat-ubat tersebut hendaklah berdaftar dengan KKM dan tidak membahayakan kesihatan. Sekarang banyak ubat palsu, ade juagk tambah bahan kimia yg membahayakan kesihatan contohnya tambah steroid, (bla bla bla). Kerajaan melalui KKM menyediakan department TCM, contohnye Hospital Putrajaya untuk mberi kemudahan kpd org ramai tentang ubat dan rawatan tradisional. (bla bla bla)

DS jugak menyampuk skit, cakap yang TCM memang ade kat Hospital Putrajaya.

CH : Dalam bahagian farmasi awak minat ape?

F : saya sebenarnya minat OPD. (bagi alasan)

CH: Macam mana kalo kerja farmasi 24 hours. Nanti ada anak, famly, susah jgk kan?

F: (alamak aku buntu nak jawab soalan ni mcm ne). Kalo sekarang, saya sedia berkhidmat, walaupun pada malam, sebab sekarang masih bujang lg. Tapi kalo ade family susah skit, bla bla bla. Bergantung kpd keadaan time tu, kalo anak sakit, terpaksa la kan. Kena tgk yang mana perlu diberi keutamaan.

DS dan Ch: Apa plan awak akan datang, nak stay government ataupun nak bukak bisnes?

F: Saya sebolehnya nak kerja di hospital. Sebab buat masa sekarang memang minat nak kerja OPD (memandai betul mulut aku ni kan ). Sebab saya suke kaunseling, menyedarkan orang ramai pasal ubat coz ramai yang x guna ubat dengan cara yang betul,, bla bla bla. Lepas tamat tempoh khidmat wajib, saya plan nak sambung blajar untuk naik pangkat, lepas tu boleh ajar pegawai-pegawai baru.. (tak tahu jawapan ni yang die nak ke x)

DS dan CH: Perasan jugak kan, ramai orang terengganu kurang bukak bisness. Memang nak stay government la ni?

F: aah, memang saya berminat nak kerja hospital..(muke bersungguh-sungguh)

DS dan CH: Ok lah, rasenye itu sahaja soalan. Ada ape2 soalan tak awak nak tanya?

F: saya takde soalan, tapi saya ade harapan, saya berharap dapat ditempatkan posting di negeri pilihan pertama saya , iaitu Terengganu (sambil senyum + muke bersungguh)

DS: Takpe2. Nanti KKM akan pertimbangkan pemohonan awak ye, Nurfatihah.

Selesai sudah sesi temuduga... Lega sangat lepas habis interview. Kawan-kawan cakap turn aku amek mase lama. Aku rase sekejap je sebab borak-borak kosong dan yang paling penting Alhmdulillah, aku tak nervous. Aku harap sangat dapat kerja di Hospital Sultanah Nur Zahirah, KT.. Nak dekat dengan rumahhhh.. Aminn. Doakan aku.




Muka gembira lepas interview


Berdebar



Resume dan borang maklumat diri


P/s: sume notes yang aku cari, aku print, seciput je yang kuar. Adoiii




No comments: