Korang kenal tak ubat ni? Sure korang kenal kan.. Sape2 yang dah biasa pegi klinik kerajaan mesti dah biase dgn ubat ni.. Ubat ni ubat anti-histamine yang femes. Awas dengan ubat anda.. Ubat ni ade side effect dan aku merupakan salah seorang mangsanya..Setakat effect mengantuk aku tak kisah, tapi side effect weight gain...


Kalo korang tak caye, boleh google MIMS kat internet, pastu search pasal ubat ni.. Dan aku salah seorang mangsa weight gain... Huhuhu.. Tak boleh la nak tinggal ubat ni coz ubat ni ibarat nyawa aku.. Sebab aku ade mengalami allergic yang serius.. Symptom allergi datang bila2 masa sahaja tanpa diundang.... Antaranya ialah selsema, bersin, gatal hidung dan mata berair...Memang ubat ni mesti aku buat bekalan di mana2 sahaja..
Tukar ubat lain?? Dah try Cetrizine tapi tak berkesan sangat la...Ubat ni kesan yang kuat, symptom boleh hilang dalam masa yang sangat cepat..Tak sampai 2 jam.. Tapi kena tanggung la kesannya kalau selalu ambil dalam masa yang panjang.. Berat badan akan meningkat..Haha saya bercerita mengenai pengalaman saya sendiri..
Siyes berat saya memang bertambah sejak saya guna ubat ini, tapi nak buat macam mana, terpaksa. Semua kawan2 lama tegur saya kenapa chubby, happy sebab ada pakwe ke? Tak boleh blah punya soalan... Saya hanya membalas dengan senyuman..
p/s : mak selalu suruh kurangkan berat badan tp die tak tahu yang berat badan naik sbb side effect makan ubat antihistamine ni... Mujur anak die amek kos farmasi.. Hehehe..
5 comments:
exercise la ptg2..
at least dpt maintainkn brt bdn pn dh ok..
aku exercise dlm umah jer.. huhu
jom jogging ptg2..hehe
weight gain sebab side effect ubat takpe la. dah nak buat camne kena makan jugak kan. ee ni gemuk sebab makan. lagi sedih. haha
shafiq: aku tak suke jogging...nak wat cmne
ee: ee mane gemuk, berisi sket jer.... hehe
Post a Comment